Thursday, 12 September 2013

Ibu.....Rindu ibu...



Assalamualaikum w.b.t...

setiap kali call ibu, ibarat semangat semakin membara. sekali call ibu tawanya saya dengari. ibu saya rindu ibu. setiap kali bercakap dengan ibu terasa diri saya ini yang berada jauh sekarang denganmu ibu, ingin saja saya terbang untuk pulang ke rumah. tapi akan daya saya berada jauh kerana mencari ilmu. ibu doakanlah untuk saya. ibu, doamu doa dimakbulkan oleh Allah. doakanlah untuk anakmu ini. ibu setiap kali saya call ibu terasa ingin menceritakan semua benda kat ibu. tapi tak boleh, saya tak nak susahkan ibu. ibu dah banyak berkorban untuk anak-anak ibu. ibu, pernah sekali saya nak sangat cakap saya dah penat belajar. penat untuk meneruskan pengajian. ibu saya  tak larat nak teruskan pengajian nie, ia banyak bebankan saya. tapi saya fikir-fikir tak elok fikir macam tu. ibu dah benyak berkorban saya. tapi, saya telah mensia-siakannya. Ya Allah bantulah hambamu ini untuk terus bersemangat. ibu terima kasih kerana melahirkan saya, menjaga, mengajar, menyuapkan makanan. ibu terima kasih semuanya. ibu doakan saya. doakan kejayaan saya. ibu doakan saya cemerlang di dunia & akhirat. i miss u mother. i love u forever n ever. <3 <3 <3

                                




yang ikhlas,
~anakmu ibu~