Thursday, 12 September 2013

Ibu.....Rindu ibu...



Assalamualaikum w.b.t...

setiap kali call ibu, ibarat semangat semakin membara. sekali call ibu tawanya saya dengari. ibu saya rindu ibu. setiap kali bercakap dengan ibu terasa diri saya ini yang berada jauh sekarang denganmu ibu, ingin saja saya terbang untuk pulang ke rumah. tapi akan daya saya berada jauh kerana mencari ilmu. ibu doakanlah untuk saya. ibu, doamu doa dimakbulkan oleh Allah. doakanlah untuk anakmu ini. ibu setiap kali saya call ibu terasa ingin menceritakan semua benda kat ibu. tapi tak boleh, saya tak nak susahkan ibu. ibu dah banyak berkorban untuk anak-anak ibu. ibu, pernah sekali saya nak sangat cakap saya dah penat belajar. penat untuk meneruskan pengajian. ibu saya  tak larat nak teruskan pengajian nie, ia banyak bebankan saya. tapi saya fikir-fikir tak elok fikir macam tu. ibu dah benyak berkorban saya. tapi, saya telah mensia-siakannya. Ya Allah bantulah hambamu ini untuk terus bersemangat. ibu terima kasih kerana melahirkan saya, menjaga, mengajar, menyuapkan makanan. ibu terima kasih semuanya. ibu doakan saya. doakan kejayaan saya. ibu doakan saya cemerlang di dunia & akhirat. i miss u mother. i love u forever n ever. <3 <3 <3

                                




yang ikhlas,
~anakmu ibu~


Monday, 19 August 2013

Mengapa Yahudi Bijak??



by: Dr stephen Carr leon

Mengapa Yahudi Bijak? 

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?

Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Hamba Allah,
~Jue Qani'ah~


Meraikan Kejayaan Kakak..


Pertama sekali qani'ah ingin ucapkan Alhamdulillah kepada Allah. Rasa syukur sangat kepada-Mu Ya Allah.
Lepas itu, qani'ah ingin berrterima kasih kedua ibu bapa qani'ah yang tidak pernah lelah mendoakan kejayaan anak-anaknya. Kepada adik-beradik qani'ah juga, qani'ah ucapkan atas berkat doa kamu semua. Qani'ah sebagai wakil kakak yang bernama Fatehah ucapkan terima kasih kepada siapa mendoakannya terutama sekali kepada kedua ibu bapa dan tidak pernah lupa kepada Allah yang satu yang Maha Pemberi Rezeki Kepada Hamba-hamba-Nya yang Allah kehendaki, Amin. Qani'ah tumpang gembira atas kejayaan kakak. Ya ALLAH terima kasih sangat-sangat kerana Engkau telah memberi rezeki kepada kakakku. Amin. I love you sis. 

"Pedulikan apa orang nak kata anda boleh atau tidak boleh BERJAYA"
       ANDA yang TENTUKANNYA

PERCAYA & YAKIN usaha anda boleh berjaya dengan IZIN ALLAH, PASTI ANDA BERJAYA!!!!

Always, qani'ah mendoakan kerjayaan kakak. love you sis. berkat usahamu, kamu berjaya, Amin.
always Aminkan rezeki yang kita dapat.

Jangan berputus asa!!!! don't give up sis!!!!


yang ikhlas,
~jue qani'ah~

Friday, 16 August 2013

Hari Lahirku....

16 OGOS 1993

16 Ogos 1993 detik yang ditunggu oleh ibu ku untuk melahirkanku. Terkenang nasib ibuku yang melahirkanku, membelaiku, menyuapkan makanan, mendengar kerenahku. Ya Allah penatnya ibu menjagaku sesama kecil. Sekarang umurku 20 tahun. Sudah 20 tahun ku hidup. Adakah amalan-amalan selama 20 tahun di redhai oleh Allah. Masa semakin laju,masa tidak boleh berputar balik. Terkenang masa umurku belasan tahun yang begitu jahil. Ya Allah ampunilah dosaku yang terdahalu, hari ini, yang akan datang, yang tersembunyi. Ya Allah terima kasih pada-Mu masih panjangkan umurku ini untuk terus ku bersujud kepada-Mu. Terima kasih akan rahmat yang Engkau berikan kepadaku, kepada keluargaku, kepada saudara-saudara seislamku.
          Ya Allah disaat hari lahirku akan ku terkenang saudara seislam ku yang berada di Mesir, Pelastin, Syria, Gaza. Betapa kejam tentera-tentera yang tidak ada perikemanusiaan itu. Ya Allah tabahkanlah akan saudara seislamku Ya Allah. Engkau Maha Adil, Engkau Maha Berkuasa Ya ALLAH, Engkau lagi mengetahui akan keadaan hamba-hambamu ini. Ampunilah segala dosa-dosa kami YA ALLAH.
           Sedikit ingin menceritakan kisah sahabatku yang telah pergi meninggalkanku buat selamanya. Agar sedih bilaku terkenang akan nya. Allah yang menentukan ajal maut kita. Yang pergi tetap pergi, kita yang masih hidup teruskan hidup sebagai hamba ALLAH yang satu. Sahabatku itu juga 20 tahun hidup, ku mengenalinya selama 1 tahun, ku merasa terlalu sekejap mengenalinya. Dan ku sekarang 20 tahun juga hidup, ku seperti semakin hampir dengan mati. Pernah ku bermimpi akan sepupuku memakai kain sembahyang putih melihatku sambil tersenyum, ku bagaikan di ajak pergi bersamanya. Ya Allah terlalu takut aku kepada mu Ya Allah, mati lah aku dalam iman. Mendengar cerita dari ibu, kakakku pernah bermimpi akan ku yang telah pergi buat selamanya. Terlalu takut aku menghadapi mati. Tetapi aku sentiasa tenangkan hati "mimpi itu mainan tidur".Ya Allah sebelum ku meninggal terimalah taubat-taubatku Ya Allah. Aku tidak layak ke syurga-Mu tetapi ku sanggup ke neraka -Mu Ya Allah. 
         Akhir sekali, ku mengucapkan kepada diriku sendiri selamat hari lahir. Berjuanglah demi agama Islam. Terima kasih buat keluarga, sahabat-sahabat dan kepada semua yang mengenali ku yang wish my birthday. thanks korang. i love u.


yang benar,
~jue qani'ah~




Thursday, 13 June 2013

KETIKA TAK KU TEMUKAN DIKAU DI ISTIQARAHKU,,,





Bismillahirahmanirrahim,,

Ya akhy...
Ketika tak kutemukan engkau di istiqarahku..
Maka teruslah melangkah,
Meskipun bukan aku yang menemani perjalananmu nanti...
Teruslah berjuang meraih masa depanmu,
Meskipun bukan aku yang bersamamu nanti.
Tetaplah istiqomah di jalanNya walaupun banyak ujian & cobaan..
Yakinlah hatimu pada qadha dan qadhar_Nya,
Bahwa DIA yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba2_Nya.

Akhy...
Ketika tak ku temukan kau d istiqarahku..
Maka simpanlah kesedihan itu,simpan air matamu..
Jadikan air matamu hanya sebagai tangis ketika kau bermunajat pada_Nya...
Perjalanan kita masih panjang semga nanti ALLAH memberikan yang terbaik untukmu & untukku..

Akhy...
Izinkanlah aku selalu menyapamu dalam tiap untaian Doa ku...
Semoga ALLAH selalu menyatukan kita dalam indahnya ukhuwah & ketika sebuah asa & cinta tiada mungkin bersatu.
Semoga menjadikan hati ini ikhlas mengajarkan arti kesabaran & kerelaan untuk menerima ketentuan_Nya...
Rencana ALLAH lebih indah dari segalanya,
Biarkan semua berjalan dengan kuasa_Nya.

Ya Akhy...
Ku titip rindu ini untukmu..
Dimanapun dirimu berada,,
Sebuah rindu yang tidak akan pernah sempat ku sampaikan padamu...
DOA ku selalu bersamamu...
Aamiin......



Friday, 5 April 2013

SEDIHNYA HATI, HANYA ALLAH YANG TAHU!!!!!!!





Hidup mesti di teruskan selagi kita masih bernyawa. Jangan terlalu mengeluh saat kita di timpa ujian yang berat. Teruskan hidup. cubalah cari penyelesaian, insyaALLAH mesti ada jalan penyelesaian. cuba selalu mengadu kepada Allah dengan ujian yang kita hadapi. Allah tidak membebani seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat seksa dari kejahatan dikerjakan. mereka berdoa " Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami janganlah engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikulkan. Maafkan kami dan rahmatilah kami . engkaulah sebaik-baik penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Amin. mengadu kepadaNya. InsyaAllah hati kita mesti tenang walaupun ujian melanda. Jangan selalu mengadu kepada manusia. kadang-kadang apabila kita mengadu kepada manusia ia akan membebankan kepadanya. jangan terlalu minta simpati kepada orang lain. kepada diri kita yang lemah ini, selalulah berdoa kepada pencipta agar kita dipermudahkan urusan, selalu kuat semangat. Jangan terus berputus asa dan bahkan jangan pernah izinkannya berada dalam kamus hidup kita. kerana berputus asa itu adalah karakteristik orang kafir. Letakkan kecintaan kepada Allah melebihi segalanya. Allah ada, mengadulah kepadanya. Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang  merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita,menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.
Sabda Rasulullah Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
 Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir
Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin






~jue Qani'ah~
Hamba Ilahi =)

Wednesday, 13 February 2013

KEKUATAN PERLU ADA DALAM MENERIMA UJIAN DARI ALLAH S.W.T






Nak ceritakan sebagai seorang hamba Allah s.w.t, janganlah sesekali mengeluh merima ujian. Sebagai seorang hamba perlu hadapi apa rintangan yang dihadapi.   situasi yang dihadapi :-


Terlalu agak penat untuk mendapat sesuatu yang benda yang diingini, tetapi diri ini kuatkan diri juga apa yang diingini. Alhamdulillah demi menolong kawan diri ini dapat juga apa yang kawan ingini dan diri ini ingini. Bersyukur kerana Allah s.w.t menolong hamba yang lemah ini. Terima kasih Ya Allah. :)Tetapi baru 1 perkara diri ini tidak dapat, diri ini begitu lemah, begitu cepat mengalah dengan 1 ujian yang dihadapinya. Tetapi dengan seorang insan yang disayangi yang bergelar ibu menasihati dengan penuh bermakna dan mendalam. Diri ini terus bermuhasabah kan diri. Dari insan yang menasihati "sebagai hamba yang menerima ujian dari Allah seharusnya hambanya perlu bersyukur, tidak mengapa susah sekarang nanti apabila dah berjaya dalam kerjaya senanglah kita nanti kerana kita dah mengalami kehidupan susah dahulu" itu kata-katanya yang memberi semnagat kepada insan ini. Alhamdulillah dengan kekuatan dan semangat  yang ada dalam diri ini,diri ini kuatkan semangat untuk berdepan dengan kesusahan untuk mendapatkan apa yang diingini. Alhamdulillah akhirnya apa yang diingini dapat juga akhirnya. Allah permudahkan urusan insan ini hadapi. Terima kasih Ya Allah s.w.t. :)



"Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya".



senyumlah walaupun ada ujian yang melanda...:) senyum itu sunnah dan senyum itu satu sedekah, tidak rugi kalau senyum :)

 Hamba Allah,
( Jue Qani'ah )








Tuesday, 12 February 2013

Cintailah Buku!!!!



Cintailah buku.....why???kerana buku kita dapat menambah ilmu dengan lebih mendalam. Jadikan buku sebagai boyfriend/girlfriend kita. Buku adalah :

                                Teman bicara yang tidak mendahuluimu.
               Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu berkerja.
      Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya.
                                  Teman hidup yang tidak menyanjungimu.
                         Kawan yang tidak membosankan.
                                         Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan.


Jadikan buku sebagai hobi, nasihat, segala perkara baik yang berkaitan dengan buku. Jadikan diri sebagai ulat buku, pencinta buku.



Hamba Allah,
~ Jue Qani'ah~