Wednesday, 13 February 2013

KEKUATAN PERLU ADA DALAM MENERIMA UJIAN DARI ALLAH S.W.T






Nak ceritakan sebagai seorang hamba Allah s.w.t, janganlah sesekali mengeluh merima ujian. Sebagai seorang hamba perlu hadapi apa rintangan yang dihadapi.   situasi yang dihadapi :-


Terlalu agak penat untuk mendapat sesuatu yang benda yang diingini, tetapi diri ini kuatkan diri juga apa yang diingini. Alhamdulillah demi menolong kawan diri ini dapat juga apa yang kawan ingini dan diri ini ingini. Bersyukur kerana Allah s.w.t menolong hamba yang lemah ini. Terima kasih Ya Allah. :)Tetapi baru 1 perkara diri ini tidak dapat, diri ini begitu lemah, begitu cepat mengalah dengan 1 ujian yang dihadapinya. Tetapi dengan seorang insan yang disayangi yang bergelar ibu menasihati dengan penuh bermakna dan mendalam. Diri ini terus bermuhasabah kan diri. Dari insan yang menasihati "sebagai hamba yang menerima ujian dari Allah seharusnya hambanya perlu bersyukur, tidak mengapa susah sekarang nanti apabila dah berjaya dalam kerjaya senanglah kita nanti kerana kita dah mengalami kehidupan susah dahulu" itu kata-katanya yang memberi semnagat kepada insan ini. Alhamdulillah dengan kekuatan dan semangat  yang ada dalam diri ini,diri ini kuatkan semangat untuk berdepan dengan kesusahan untuk mendapatkan apa yang diingini. Alhamdulillah akhirnya apa yang diingini dapat juga akhirnya. Allah permudahkan urusan insan ini hadapi. Terima kasih Ya Allah s.w.t. :)



"Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya".



senyumlah walaupun ada ujian yang melanda...:) senyum itu sunnah dan senyum itu satu sedekah, tidak rugi kalau senyum :)

 Hamba Allah,
( Jue Qani'ah )








Tuesday, 12 February 2013

Cintailah Buku!!!!



Cintailah buku.....why???kerana buku kita dapat menambah ilmu dengan lebih mendalam. Jadikan buku sebagai boyfriend/girlfriend kita. Buku adalah :

                                Teman bicara yang tidak mendahuluimu.
               Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu berkerja.
      Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya.
                                  Teman hidup yang tidak menyanjungimu.
                         Kawan yang tidak membosankan.
                                         Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan.


Jadikan buku sebagai hobi, nasihat, segala perkara baik yang berkaitan dengan buku. Jadikan diri sebagai ulat buku, pencinta buku.



Hamba Allah,
~ Jue Qani'ah~